Bahaya kaki kejang ketika hamil..


Wanita mengandung ni macam2 dugaan yg dialami..begitu perit sekali coz setiap apa yg dilalui mesti ada yg menyakitkan..tapi kena lah bersabar coz semua kesakitan yg ditanggung itu diberi ganjaran pahala oleh Allah..sabar ye ladies sekalian.. 

Ok, pernah x korang alami kaki cramp ni?? Biasanya berlaku di bahagian betis..waktu tak hamil pun pernah juga berlaku..now, bila tgh mengandung pun ia jadi juga..kejang kaki ni bahaya..boleh menyebabkan kematian mengejut baby dalam kandungan dan ada kes ibu juga mati beberapa minit selepas bayinya mati dlm kandungan gara2 kekejangan yg teruk ni...wahhh menakutkan bukan??? dee pun selalu  mengalami kejang kaki ni...sakitnye ya rabbbi.....tuhan je tau..maybe sebab sejuk sgt...tido malas nk pakai stoking...

Kalau korang nk tau, Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki (yela, badan nk tampung berat baby lagi kan) Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan kita dari tidur yang nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan: Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas) Kekurangan kalsium di dalam aliran darah, Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki. 

Terdapat beberapa cara yg boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya: 

1. Meregang. Mula dengan luruskan kaki- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur. 
2. Urut otot yang kejang. 
3. Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang. 
4. Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu. 

Selain itu boleh juga mencuba cara2 dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku: 

1.Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali (seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam. 
2. Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang. 
3.Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV. 
4.Makan makanan kaya dengan kalsium.
5.Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.) 
6. Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.

Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yg berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknyalah anda mendapatkan nasihat dari doktor. Ini kerana kemungkinan anda menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Comments

Popular Posts