kawal sakit hati..

Pastinya apabila hati disakiti, perasaan ingin membalas dendam dengan menyakiti kembali hati dan perasaan orang itu akan membuak buak. Namun masih ada di antara kita yang berlapang dada walaupun hati disakiti.

mereka adalah golongan yang kuat di sisi Allah SWT kerana berjaya menahan marah. jika tidak kuat pastinya kemarahan yang menguasai. sifat hati terlalu sensetif terutama apabila hati diusik rasa sakit, marah dan paling bahaya dendam kerana dendam membuatkan hati tidak tenang.

oleh itu sebaik saja hati disakiti langkah pertama yang perlu diambil ialah memastikan perisai kemarahan secara automatik terus terpasang sekurang kurangnya tempoh bertenang itu dapat mengelakkan dari mengambil tidakkan tidak wajar.

hakikatnya bukan mudah untuk memaafkan apatah lagi melupakan perbuatan yang menyebabkan hati sakit tetapi apabila memikirkan kembali jika kita membalas kejahatan dengan kejahatan maka kita tidak ada bezanya dengan org yang menyakiti hati kita. 

justeru berat manapun hati hendak memaafkan kesalahan org lain sebenarnya ia adalah tindakan yang berbaloi sekurang kurangnya kita tidak bersikap seperti org yang membuat kesalahan itu.


sumber dipetik dari Berita Harian. so fikir2 kanlah dengan fakta nih.. so bg dee..walau seberat mane pun.. hati perlu memaafkan.. walaupun kite xsalah.. xkisah pun.. yang penting kehidupan selepas ini lebih bahagia.. 


Comments

Popular Posts