Edisi Majlis Kahwin : Part 1

rase ye belum terlambat dee nak ceritekan kat uols.. nak kongsi kenangan manis dee.. detik2 bersejarah dee diijabkabulkan dan Majlis Persandingan dee dengan en Suami..
dee rasa berSyukur sebab dikurniakan seorg bf/tunang yang kini Suami dee yang sangat Penyayang & Memahami.. paling penting en Suami seorg yang penyabar melayan kerenah dee..

Alhamdulillah.. setelah bermacam dugaan.. Akhirnya kami berdua berjaya menyempurnakan majlis kami dan bergelar Suami & Isteri pada 1 Jun 2012
dengan sekali lafaz dee sah menjadi sorg isteri kepada En Zukarnain Bin Alias.


Majlis berlansung di Masjid Benaria dan dinikahkan sendiri oleh Ayah dee.. En Jaffar b. Haron dengan mas kahwin RM101 shj dan wang hantaran dee rahsiakan (ceehh cam artis lak)

so dengan skali lafaz.. tepat jam 11.15 pg Dee dah bergelar Isteri..
dan segala tanggungjawab dee tertumpu pada En Suami..

then bila Majlis Akad Nikah dan selesai.. Pihak Pengantin Lelaki & Perempuan balik ke rumah dee.. untuk upacara membatalkan Air sembahyang
*pict atas tu.. dee terima mas kahwin RM101 dr en Suami

dan dee dihadiahkan dengan seutas rantai tangan tanda perkahwinan kiteorg..
mengeletar tangan en suami nak pakaikan gelang.. hahaha..
nasib tak tercabut pin tu..


then cincin Nikah ne dee hadiahkan utk en Suami..
tanda sah 'u adalah milik i' dan ' i milik u'
simpan cincin ne bebaik ye syg..
cincin ne utk syg sorg jerk.. nobody can replace it..


lastly.. kucupan tangan untuk mu..
tanda Insyaallah I will be a Good wife, mother, for u and our kids..
woooo...

time memula nak siap untuk majlis nikah tu.. dah memang sebak dah..
air mata usah cakap la..
mcm air hujan..
sebab terpandang muka abah..
cerr.. ' Saya kan Anak ABAH'
kalo leh nak letak gam gajah..
so.. alhamdulillah.. majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar..
dan en suami cakap..
time die lafaz akad tu.. xde sebarang perasaan gugup..
sebab dalam hati dia xrasa gentar.. and dia bersedia utk pikul tanggungjawab...
Alhamdulillah....


Sambungan Edisi Majlis Kahwin : Part 2 pule.... zass

Comments

Zie Madini said…
lawa lah yaya. jeles zie tgk. time akad nikah zie dulu, zie di makeup nampak cam pondan dgn tudung yg mcm bongol unta si mak andam tu buat. menyampah giler :(

actually nk tukar, tp x sempat coz dillah dah sampai. benci zie kat mak andam zie tu.rosakan hari bersejarah zie je :(

Popular Posts