ape pun..

pernah dulu ade sorg kwn ne bertanye dgn cik dee " sejak bile bertudung? '.. sbb mmg dr darjah 2 lagi kami berkawan.. skrg dah 18 tahun berkawan.. still contact dan sms.. kekadang berfesbuk.. walaupun die student.. sentiase sibuk dengan assgment.. cik dee pun sibuk dengan kerje lately nih die kerap sms.. sebenar ye kesian dengan die.. sedih atas pemergian Ibunda tercinta.. dee harap die tabah menghadapi segala dugaan ni.. sbb lambat laun dee pun akan merasa saat mcm tu.. bak kate en tunang.. hargai org tua kite selame mereka berdua masih ada.. Syukur sebenar ye.. mak abah dee menerime en tunang mcm anak dorg sendiri.. walaupun belum sign hitam putih en tunang as my husband tp abah dan mak dah layan mcm anak sendiri..

berbalik pada cerite asal.. bile kwn dee bertanyekan soal tu.. dee pun menjawab sejak dpt satu mimpi.. mungkin org lain pun ade gak mimpi mcm dee..tp xseteruk dee.. dlm mimpi tu.. dee mengalami saat saat berlaku ye hari kiamat.. dan dalam kejadian tu.. cuma dee saje.. yang lain xtahu kemane.. dee didatangi sorg org tua berserban putih.. berjubah putih membawa sehelai kain putih menyelubungi seluruh tubuh badan..cuma menampakkan muka dan tapak tangan.. dalam situasi tu.. dee nampak api sedang mara tinggi melangit..

dalam hati ne sedih.. meraung.. pertengahan tahun 2009 dee nekad utk bertudung.. tp time tu.. cara pun skema.. its ok la.. asalkan dee bertudung.. then bernekad belajar cara2 pakai shawl sbb dee rase dee xboleh nak pakai tudung bawal.. dan sejak dari tu.. alhamdulillah.. sampai skrg dee masih bertudung..

dan dalam hati dee terfikir.. Allah sentiasa berikan kite pertunjuk untuk kite sedar dari melakukan segala salah dan silap.. mungkin dari segi ne Allah bg dee petunjuk untuk menutup aurat..tp mungkin tidak dari segi lain.. Ingatlah.. kite sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa.. segala amalan baik buruk sentiasa tercatit dengan kemas..

even selalu dee bace status status kawan2 dalam fb.. dalam twitter.. mengatakan ' bkn mudah nak puaskan hati semua org..' tp ingatlah satu perkara.. ' mudah utk kite jadi yang terbaik utk diri kita walaupun org lain mmg selalu tak senang dengan diri kita..'

dee ade terbaca satu link.. mengenai sifat2 manusia.. semoga ape yang dee sampaikan ne.. kite dapat berfikir secara baik.. jadi seperti diri kite sendiri.. baik buruk kite.. hanya kite yang tahu.. walaupun org lain menilai seburuk mane pun kite.. aku adalah aku..











Syaqiq al-Baqi berkata, “Terdapat lima tanda kebenaran: perangai yang lemah lembut dan lembut hati, menangis kerana menyesal, mengasingkan diri dan tidak peduli tentang dunia, tidak bercita-cita tinggi, dan memiliki rasa hati (gerak hati atau intuisi). Tanda-tanda pendosa juga lima; keras hati, mempunyai mata yang tidak pernah menangis, mencintai dunia dan kesenangannya, bercita-cita tinggi, tidak bermalu dan tidak ada rasa atau gerak hati”.






Nabi s.a.w meletakkan empat nilai pada orang yang baik-baik, “Boleh dipercayai dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya dan mengembalikannya. Menepati janji. Bercakap benar, tidak berbohong. Tidak kasar dalam perbincangan dan tidak menyakitkan hati orang lain”. Baginda s.a.w juga memberitahu empat tanda pendosa, “Tidak boleh dipercayai dan merosakkan amanah yang diberikan kepadanya, mungkir janji, menipu, suka bertengkar, memaki apabila berbincang dan menyakitkan hati orang lain”. Seterusnya pendosa tidak dapat memaafkan kawan-kawannya. Ini tanda tiada iman kerana kemaafan menjadi tanda utama orang beriman. Allah memerintahkan rasul-Nya:“Berilah maaf, dan suruhlah mereka (manusia) berbuat kebaikan, dan berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh”. (Surah A’raaf, ayat 199).






Perintah ‘maafkanlah’ bukan hanya tertuju kepada Rasulullah s.a.w seorang sahaja. Ia mengenai semua orang dan tentu sahaja termasuk mereka yang beriman dengan Rasulullah s.a.w. Perkataan ‘maafkanlah’ bermakna jadikan tabiat memafkan, jadikan sifat atau peribadi. Sesiapa yang ada sifat pemaaf menerima satu daripada nama-nama Allah – ar-Rauf – Yang Memaafkan.“Barangsiapa memaafkan dan membereskan maka ganjarannya (adalah) atas (tanggungan) Allah”. (Surah Syura, ayat 40).





selain tu jugak.. belajarlah mengenali diri sendiri.. belajar mengenali kawan sendiri.. bukan mudah untuk kite mempercayai org lain.. ingatlah.. setiap yang berlaku ada hikmah disebalik semua kejadian.. ape yang jadi pasti ada balasan yang setimpal diatas setiap perbuatan.. Allah tidak pernah memandang remeh setiap perbuatan manusia kepada manusia lain..


p/s: ape pun dee berSyukur..










Comments

Popular Posts