Ezlyn SAH menjadi isteri kepada Adam Fahmy..


Tahniah diucapkan kepada penyanyi Ezlyn kerana Sah menjadi isteri kepada Adam Fahmy. Majlis diadakan pada pukul 5.00 ptg di Roof Garden, Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Majlis turut dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan seramai 70 orang dan disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, iaitu En. Ariffin Bin Alang Ahmad, dan disaksikan oleh En. Mohd. Fadzil Abd Hamid & En. Mohd Rashid Marzuki.

Pihak lelaki telah menyediakan sebanyak 5 dulang hantaran berupa Mas Kahwin sebanyak RM80.00, Wang Hantaran sebanyak RM20,020.20 manakala barangan lain ialah senaskah Al-Quran, Beg Tangan dan Kasut.

Pihak perempuan pula membalas dengan 7 dulang, berupa dua naskhah Al-Quran, kain sampin songket, kemeja & cuffling, pakaian berbasikal, sepasang kasut, set haruman dan kaca mata.

Akad nikah yang berkonsepkan klasik putih, pink dan warna-warna bumi (earth colour) di ilhamkan sendiri oleh Adam & Ezlynn sendiri yang juga memakai baju melayu/kurung putih dan pink tajaan Oscar Jeprey dari Butik Lagenda Creations.

Rekaan pelamin, pada majlis pertunangan adalah berkonsepkan ‘Japanese Romance’, manakala pentas dan semua deko pada majlis akad nikah adalah berkonsepkan Klasik Kontemporari, kesemuanya di atas tajaan CheDet Butik Nasha. CheDet juga menyediakan kesemua 12 dulang hantaran bagi kedua-dua pihak.

Aksesori pula ditaja oleh Rafflesia Pearl Center, merupakan sepasang subang gabungan berlian dan dua butir ‘South Sea Pearl’. Khidmat Jurusolek kedua-dua mempelai adalah dari sentuhan Nurul Shukor.


Tahniah Sekali lagi..uuuyehh...


Credit by : Ohbulan.com

Comments

Popular Posts