AKIBAT tersalah DAIL... 'NIKAH' Datuk Kacak... OMG!

terpaku jap bile bace harian metro today.. akibat umpan tersalah number.. gadis berusia 18 tahun bernikah dengan sorg warga emas berumur 63 tahun di Thailand...

KULIM: Menggunakan umpan tersalah mendail nombor telefon, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun melalui detik mencemaskan apabila mendakwa dinikahkan dengan pemilik nombor telefon berkenaan dalam tempoh perkenalan hanya kira-kira lima bulan.

Lebih mengejutkan, ‘suami’ yang mendakwa lelaki kacak berusia 30 tahun dan bekerja sebagai pegawai bank itu seorang datuk berusia 63 tahun yang juga penoreh getah.

Bagaimanapun, remaja itu yang bekerja di sebuah pasar raya, dekat sini, ‘bernasib baik’ kerana ketika dinikahkan kononnya di sebuah pejabat agama di Thailand, dia dalam keadaan ‘uzur’ menyebabkan suaminya terpaksa menyimpan hajat menjamah tubuh gadis itu untuk sementara waktu.
Begitupun, selepas empat hari bernikah, remaja terbabit menyatakan hasrat berpisah dengan suaminya sebelum membuat laporan polis dan jabatan agama.
Ketika mendedahkan pengalamannya, remaja yang mahu dikenali sebagai Lis berkata, dia berkenalan dengan warga emas terbabit Oktober lalu apabila lelaki itu mendakwa tersilap mendial nombor telefonnya.
Bermula saat itu, katanya, lelaki terbabit kerap menghantar SMS serta berbual dengannya walaupun mereka tidak pernah berjumpa
.

Menurutnya, sejak berkenalan, lelaki itu kerap menambah nilai kredit telefon bimbitnya selain memasukkan wang ke akaun adiknya untuk kegunaan termasuk membeli-belah.

“Dia kerap tambah nilai telefon saya selain memasukkan wang ke dalam akaun adik untuk kegunaan saya dan memberitahu dia berusia 30-an, masih bujang dan bekerja sebagai pegawai bank.


OMG.. nak salahkan sape?? cer pk jap.. sorry to say la eh.. ' kekadang org tua sebegini.. makin tua makin gatal..'
kalo ye nak berbini pun cari yang setaraf dengan anda buley... xyah nak cari yang muda muda baya2 anak engkorang.. aduhai... zaman skrg ne la... mcm2.. disebabkan terbaca cam ni..pas ni nak bertambah alert la..
risau aaa cengini ... *mengikut pengalaman.. risau lak kan.. jap g.. dah terhutang body..sudah ye disuruh kahwin yer lak..* bile xdpt ape yg dihajati..memburuk2kan owang lak..cengitu aaa .. * Ya Allah mintak dijauhkann...

Comments

Popular Posts